˄
Yang Mulia Encik Esa Masood


Yang Mulia Encik Esa Masood



KETUA EKSEKUTIF, MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA (MUIS)

Tuan Esa Masood dilantik sebagai Ketua Eksekutif Muis pada 1 Januari 2019. Beliau merupakan Ketua Eksekutif termuda yang pernah dilantik untuk mengawasi pentadbiran dan urusan agama masyarakat Islam Singapura.


Beliau menyandang jawatan Timbalan Ketua Eksekutif Muis sebelum ini. Sebagai Timbalan Ketua Eksekutif, beliau bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor pendidikan agama di Singapura, yang terdiri daripada enam madrasah sepenuh masa dan  juga program pendidikan sambilan untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa di masjid-masjid. Beliau juga menerajui pembangunan sektor masjid, mengawasi tadbir urus, kewangan, infrastruktur serta pembangunan untuk semua 70 masjid di Singapura.

Tuan Esa telah memegang pelbagai portfolio dalam Perkhidmatan Awam Singapura. Sebelum menyertai Muis, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Dasar bagi Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dari 2013 hingga 2017. Di ECDA, beliau bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengawalan kualiti pendidikan pra-sekolah untuk setiap kanak-kanak di Singapura.

Manage PermissionsManage Permissions
Attachments